
Namun, jika dilihat pada satu sisi lain, ilmu mempertahankan diri yang 'kasar' itu merupakan satu warisan seni yang sungguh indah jika didalami dengan landasan yang betul.
Daripada 'bunga', 'langkah' dan 'buah,' kesemuanya menjadikan silat berbeza dengan seni mempertahankan diri yang lain, walaupun tujuannya sama iaitu mempertahankan diri dan mendidik pengamalnya agar lebih berdisiplin.
Hari ini, warisan peninggalan nenek moyang kita itu bukan sahaja dipraktikkan oleh masyarakat tempatan, malah telah berkembang ke luar negara.
Tidak dinafikan silat dan seni mempertahankan diri yang lain lebih sinonim dengan lelaki tetapi tidak bererti ia tidak boleh disertai oleh kaum wanita.
Biasanya, jika kita mengenali wanita yang aktif dalam seni mempertahankan diri, tubuh mereka agak besar, tegap dan memiliki perlakuan serta tutur kata yang agak kasar. Namun, itu hanya metaliti sesetengah wanita sahaja.
Walaupun aktif bersilat sehingga membuatkan mereka kelihatan gagah dan kasar pada fizikal, namun apabila berbicara, mereka tidak ubah seperti gadis yang memiliki ciri-ciri feminin yang penuh kelembutan.
Motivasi diri
Silat bukan semata-mata mengajar pengamalnya seni mempertahankan diri, malah ia juga menerapkan pelbagai nilai positif yang lain.
"Silat mengajar seseorang menjadi lebih berdisiplin dan menambah keyakinan diri.
"Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan motivasi diri agar lebih maju termasuk mencabar diri melakukan sesuatu yang mungkin dianggap mustahil sebelum ini,"
"Apa yang menarik,menyertai silat bukanlah satu perkara untuk dimegahkan tetapi hanya sebagai kemahiran untuk mempertahankan diri malah Pertandingan silat yang disertai menjadi salah satu aktiviti tambahan dan kemenangan yang diraih memberi bonus kepada seseorang pesilat.
Belajar silat,bukanlah niatnya untuk menunjukkan kekuatan di khalayak, tetapi apa yang dilakukannya itu hanyalah sebagai nilai tambah dalam pencapaian diri sendiri".
Sebagai seorang perempuan, mereka perlu mengetahui sedikit sebanyak seni mempertahankan diri terutama pada zaman sekarang. Ia boleh dijadikan benteng keselamatan diri dan menghindari sebarang gangguan yang tidak diduga.
"Penjahat sentiasa menjadikan wanita sebagai mangsa, misalnya dalam kes ragut. Ini kerana mereka tahu wanita lemah dan tidak akan melawan.
"Tetapi dengan kemahiran seni mempertahankan diri, kita boleh menghalang perkara seperti itu terjadi,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan