Jumaat, 11 September 2009

Majlis Perlimau

Majlis istiadat Perlimau Tapak merupakan majlis penerimaan murid-murid baru. Majlis ini merupakan adat yang sering dilakukan oleh seseorang gurulatih silat seni sebagai tanda penerimaan murid-murid baru. Bayaran majlis adat ini adalah sebanyak RM 11.50 dengan tambahan sebanyak RM 2.50 sebagai bayaran untuk barang-barang kelengkapan majlis seperti jarum,limau,akar sintut,kemian,pisang dan sedikit jamuan. Kesemuanya berjumlah RM14.

Untuk Majlis Perlimau Seni, ia dijalankan ke atas pesilat yang hendak belajar dan berlatih menggunakan senjata sebenar.Barangan yang diperlukan adalah sama dengan barang perlimau tapak cuma untuk perlimau seni,bahan tambahan adalah 7 jenis bunga yang berlainan jenis dan berbeza warnanya. Bayaran adalah RM 21 ditambah RM 2.50 untuk barang-barang kelengkapan majlis.

Wakil Perlimau Tapak dan Seni di upsi di uruskan sepenuhnya oleh Cikgu Nor Azman Bin Abdul Aziz yang merupakan gurulatih persatuan silat seni gayong upsi yang memegang bengkung(tali pinggang)hitam pelangi cula sakti 6 serta merupakan ketua waris beradat negeri Selangor.

Wang Perlimau disalurkan terus ke pusat gayong malaysia yang terletak di kuala lumpur. Sedikit nilai diambil untuk kegunaan serta keperluan persatuan seni silat gayong upsi. Pengagihan terperinci disebut di buat oleh Pentadbiran persatuan seni silat gayong upsi dengan Gurulatih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
tanjong malim, batang padang, Malaysia