Setelah membuka gelanggang, taklimat diadakan sekali lagi dengan lebih mendalam. Semua upacara yang akan dilakukan diterangkan maksud dan simboliknya.
Khamis, 10 September 2009
Khatam Keris 2009
Majlis Perkhataman Senjata Tradisional - Seni Keris Padang Kemunting, Pantai Pengkalan Balak, Melaka 17-19 April 2009
Upacara khatam keris merupakan ujian terakhir sebagai tamat latihan keris. Setelah sekian lama pesilat berlatih menggunakan keris kayu yang dibuat sendiri, ini merupakan saatnya untuk 'berpisah' dengannya dan digantikan dengan keris sebenar. Namun, ia bukan bererti pesilat tidak perlu berlatih lagi.Part ayam yang paling diingati para pesilat, lazimnya. Seekor ayam kampung hitam akan disembelih sendiri oleh pesilat, dibasuh dan dipanggang kosong. Ia akan menjadi hidangan utama semasa jamuan meraikan khatamnya mereka keesokkan harinya.Lazimnya, pesilat akan dikerah melakukan latih tubi terlebih dahulu 20 buah keris. Buka kuda-kuda keris (serendah mungkin) sudah memeritkan apatah lagi latih tubinya. Setelah Guru berpuas hati barulah upacara dilakukan.
Pagi Ahad menjelma. Para pesilat bersiap-sedia untuk turun ke laut. Seramai 109 orang pesilat telah mengambil bahagian dalam upacara ini. Mereka semua terdiri daripada pesilat-pesilat Gayong daripada Melaka (Tuan Rumah), Selangor, Kuala Lumpur, Pahang (Kuantan), dan Temasik (Singapura). Antara yang mencuri tumpuan ialah dua orang adik-beradik kecil yang turut sama akan menjalani perkhataman tersebut (tumpang mak ayah ni).

Setelah membuka gelanggang, taklimat diadakan sekali lagi dengan lebih mendalam. Semua upacara yang akan dilakukan diterangkan maksud dan simboliknya.
Setelah membuka gelanggang, taklimat diadakan sekali lagi dengan lebih mendalam. Semua upacara yang akan dilakukan diterangkan maksud dan simboliknya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan