25 Oktober 2008- Cikgu Kahar Redza dilantik sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Selangor bagi penggal 2008 – 2010. Dengan pelantikan ini, Cikgu Kahar telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 25 Oktober 2008 pada 9.00 malam di Gelanggang Taman Nirwana. Saudara Cikgu Nor Azman Abdul Aziz telah ditunjuk sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Syarizal Dato’ Maizan telah ditunjuk sebagai Setiausaha dan Saudara Salehudin Ibrahim sebagai Bendahari.
Cikgu Kahar merancang untuk menentukan program pembangunan gurulatih dilihat secara keseluruhan bukan secara piece meal. Ini bermakna program pembangunan akan melibatkan kumpulan gurulatih) pemegang bengkung Pelangi Merah (Gurulatih Muda), Pelangi Kuning dan Pelangi Hitam.
Kata Cikgu Kahar lagi aktiviti yang terhampir dalam tindakan Majlis Gurulatih ialah penyampaian bengkung Pelangi Hitam kepada 20 orang gurulatih kanan dan tamat latihan keris pesilat-pesilat PSSGM Selangor pada 15 November 2008. Majlis ini akan dianjurkan di Dewan Orang Ramai Taman Nirwana pada jam 9.00 malam.
Jumaat, 11 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan